
Aku merasa amat bersyukur kerana aku telah diberi peluang daripada Allah untuk menyertai Seminar The Four Weeks To Freedom yang dianjurkan oleh Zamri Nanyan pada hari Sabtu 15 Ogos 2009 yang lalu. Aku terpaksa ambil MC semata-mata untuk nak hadiri majlis ni dan Alhamdulillah, aku rasa amat berbaloi habiskan RM10 beli MC... Ahaks... Mana taknya... bleh tangkap gambar dengan Zamri bersama Mr. Patric Chan... Very good, humble, energetic guy... Tambah plak dapat minum free kat Red Island Cafe... Satu Majlis Eksklusif hanya untuk top Affiliate bagi T4W2F... Aku ni kira curi-curi dengar la... mana la aku boleh jadi top affiliate lagi sedangkan aku ni satu habuk pun tak tau pasai Internet Marketing ni... Baru nak belajar... Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada saudara Zamri dan Patric Chan yang telah membenarkan aku duduk menyibuk sambil dapat minum Ice Blended Mocha (terima kasih Zamri sebab belanja) free kat majlis eksklusif tu... Banyak ilmu yang aku dapat cedok walaupun ada sesetengah tu aku tak faham sepatah haram...Aku sebenarnya sekarang tengah mencari sumber pendapatan yang lain... Selama aku dok mencari ni, aku jumpa macam-macam jenis side income termasuk la MLM (aku dah tak tahan dengan MLM nih, tak leh dok kat umah), bertani dan sebagainya... Ada yang aku jumpa kat dalam MLM tu nama dia **trend... Rasanya semua orang tau. Pada mulanya aku tertarik sebab katanya menggunakan medium internet sebagai perantara (memang aku tengah cari pun medium internet untuk nak cari duit). Selepas masuk, rupa-rupanya bukannya betul pun... Cuma yang betul pun nak register, ambil duit, check account dan ada la sikit benda lain yang menggunakan internet... Masalahnya nak cari ahli kena guna manual... Letih la beb... Aku habis banyak la kira-kira 4 angka la jugak masuk trend ni... Apa-apa pun aku bersyukur kerana pengalaman tu mendewasakan aku...
Jadi sekarang aku cuba untuk menceburkan diri dalam bidang internet biz ni. Aku tak tau apa hasilnya nanti, tapi aku berharap agar aku dapat berjaya dalam bidang yang aku tak tahu apa-apa ni nanti... InsyaAllah..
Opss... sebelum aku terlupa.. Aku jugak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Raja Kamil sebab kerana nasihat dialah aku buat blog ni dan kerana dia la jugak aku dapat minum free bersama Patric Chan & Zamri... Aku jugak berharap dengan bimbingan dia jugaklah aku akan berjaya dalam Internet Biz ni... Ameen...
Berjumpa lagi di lain post... InsyaAllah...